PDA

View Full Version : Apa Pendapat Anda


endeavour101
08-20-2007, 08:07 AM
Buang bayi dalam sungai
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

MARANG: Rasa curiga dua beranak melihat seorang lelaki membawa bayi berusia 13 bulan menuju ke arah sungai di Mercang, dekat sini, berjaya menyelamatkan si kecil itu daripada lemas.

Selepas menghubungi polis, Faizal Mohd Razali, 21, mengikuti lelaki terbabit hingga ke tebing sungai dan kemudian melihatnya mencelup bayi itu dalam sungai.

Dia menghampiri lelaki berusia 32 tahun terbabit untuk menegurnya sebelum bayi itu dilepaskan dalam air.

Faizal yang bekerja sebagai buruh, segera membawa bayi itu naik ke tebing dan memberi bantuan kecemasan.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Siasatan Perundangan), Superintendan K Manoharan, berkata dalam kejadian jam 7.15 malam Khamis lalu itu, Faizal dapat mengeluarkan air yang memasuki mulut bayi itu.


“Bagaimanapun, lelaki yang cuba melemaskan bayi itu hanya memerhati saja,” katanya.

Sebelum kejadian, dia berkata, bayi lelaki itu dipercayai dilarikan ketika tidur di rumahnya di Kampung Batu Tiong, Dungun, tanpa disedari ibunya, kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu.

“Ibu bayi berusia 24 tahun itu terkejut apabila mendapati anaknya yang tidur bersama hilang.

“Selepas usaha mencari anaknya gagal, dia bertanyakan adik lelakinya sebelum dimaklumkan, abangnya yang dipercayai kurang siuman membawa keluar bayi itu.

“Apabila mendapati bayi itu tidak dihantar kembali, si ibu membuat aduan di Balai Polis Dungun,” katanya.

Bagaimanapun, kira-kira 15 minit selepas aduan dibuat, wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan bayinya ditemui di tepi sungai di Kampung Penarik Pasir Putih, Marang.

Menurut Manoharan, bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.

Bayi itu kemudian dibenarkan keluar dari HSNZ keesokannya.

“Suspek yang berusia 32 tahun terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363, Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 307 kanun sama kerana cubaan membunuh,” katanya.


Nenek 65 tahun masih jual tubuh
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Realiti yang mengejutkan apabila masih ada warga emas mencecah usia 65 tahun terus bergelumang dosa dengan menjadi pelacur di Jalan Chow Kit di sini, sehingga menimbulkan persoalan mengapa perkara ini harus terjadi.

Wanita yang layak digelar nenek itu mendakwa masih perlu 'menjual' tubuh untuk meneruskan hidup selain memastikan anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti.

Perkara ini didedahkan Presiden Persatuan Wawasan Warisan Wanita (Warista), Dr Mai Sargeant selepas melakukan lawatan ke kawasan hitam sekitar Chow Kit serta beberapa rumah perlindungan kepada penagih dadah, pekerja seks dan golongan mak nyah, semalam.

Menurutnya, lawatan yang disertai lapan ahli Warista itu cuba mendekati golongan berkenaan, sekali gus cuba mendapatkan gambaran sebenar masalah dihadapi mereka.


"Ketika melawat rumah perlindungan Yayasan PT yang menyediakan program pemulihan kepada wanita dan mak nyah, saya dimaklumkan nenek terbabit menggunakan wang lacur untuk membesarkan anaknya.


"Namun, selepas anaknya berjaya mendapat ijazah serta pekerjaan bergaji lumayan, dia enggan mengaku wanita tua itu ibunya kerana malu," katanya.

Menurutnya, perbuatan itu amat dikesalkan, namun ia dianggap antara cerita `duka' golongan berkenaan yang perlu dijadikan iktibar.

"Hakikatnya golongan ini bukan mahu menjadi pekerja seks. Mereka mempunyai cerita pahit dan sejarah duka hingga terjebak ke lembah hina.

"Malah, kurang pendidikan dan latar belakang keluarga bermasalah turut menjadi punca mereka menjadi pekerja seksi. Namun, maklumat juga mendapati ada antara pekerja seks di kalangan mak nyah adalah siswazah," katanya.

Menurutnya, sikap orang ramai yang memandang hina dan menyisihkan golongan 'lembut' menyebabkan mereka seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat sehingga akhirnya terperangkap dalam kancah pelacuran.

"Lebih membimbangkan apabila golongan ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya berikutan sikap masyarakat yang lebih memandang hina berbanding keinginan membantu mereka mengubah cara hidup.

"Akibatnya ada antara mereka terpaksa membawa anak kecil ketika menjual tubuh, malah bekerja 24 jam sehari bagi membesarkan anak-anak," katanya.

Menurutnya, walaupun menyedari pekerjaan itu jijik, golongan ini tetap manusia biasa yang menyayangi anak-anak dan sanggup berkorban untuk membesarkan keluarga.

Pada masa sama, mereka terpaksa bersaing dengan kebanjiran mak nyah dan pelacur asing dari Thailand, Filipina dan Indonesia.

"Kami cuba turun padang mendekati golongan ini termasuk memberikan penerangan mengenai kaedah menghindari bahaya dijangkiti virus HIV. Setakat ini banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan tugas ini dan kami akan turut sama bekerjasama menyumbang tenaga," katanya.

Dr Mai berkata, golongan itu tidak wajar disisihkan kerana tiada wanita mahu menjadi pelacur jika tidak kerana tekanan hidup.

"Berikutan itu, Warista berusaha melakukan segala yang terbaik termasuk bantuan kaunseling dan moral serta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan ini bagi memulakan hidup baru.

"Tugas ini bukan mudah, namun kami mendapat maklum balas positif. Malah ada antara pekerja seks ini berminat menceburi bidang jahitan atau membuka butik," katanya.

Pada Julai lalu, persatuan itu mengumumkan hasratnya membina Rumah Warista untuk memberi perlindungan kepada wanita, kanak-kanak serta remaja bermasalah, selain membantu bekas penagih dadah terutama wanita yang terjebak dalam pelacuran.

Pembinaan rumah perlindungan itu bertujuan mewujudkan suasana selamat dan selesa kepada golongan terbabit sekali gus memastikan mereka berpeluang menjalani kehidupan lebih sempurna.

Melalui rumah perlindungan ini, golongan terbabit mampu hidup seperti orang lain yang sempurna menerusi pengisian penting dari aspek kaunseling.


Kedua-dua artikel dipetik drpd Harian Metro 20 Ogos 2007

endeavour101
08-20-2007, 08:09 AM
Namewee perlu minta maaf secara terbuka


KULIM: Pelajar rakyat Malaysia, Wee Meng Chee, 24, atau ‘Namewee’ yang mencetus kontroversi apabila menyanyikan lagu Negaraku dalam rentak rap perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan disaksikan orang ramai.

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Padang Serai mengesa supaya pelajar berasal dari Muar, Johor berkenaan berbuat demikian selain memadam rakaman video lagu Negaraku yang diubah suai.

Ketuanya, Abdul Rahman Mahamud berkata, jika pelajar terbabit jujur atas kesilapannya maka dia perlu meminta maaf secara terbuka secara menampilkan diri dalam klip video di laman web berkenaan.

Menurutnya, pelajar terbabit yang sudah meminta maaf melalui bapanya minggu lalu tidak seharusnya terlepas daripada tindakan undang-undang disebabkan kesalahannya menghina lagu Negaraku.


Katanya, Pemuda Padang Serai menyokong kenyataan beberapa pemimpin tertinggi negara ini bahawa walaupun permohonan maaf diterima, tetapi tindakan undang-undang juga perlu dipatuhi.


“Pemuda mahu pelajar terbabit menghentikan segala klip video yang memaparkan lagu Negaraku diubah suai menjadi rentak rap. Lagu Kebangsaan bukan untuk dipermainkan kerana ia begitu terpelihara.

“Walaupun di Amerika Syarikat mempunyai ramai penyanyi rap, namun apa yang saya tahu mereka tidak mengunakan lagu kebangsaan untuk hiburan dan kita bukan seperti mereka yang terlalu bebas membuat sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan peserta Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kampung Sentosa, Padang Serai, dekat sini, kelmarin.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 100 buah motosikal yang dinaiki oleh ahli Pemuda membawa Jalur Gemilang mengelilingi beberapa kampung di Padang Serai.

Abdul Rahman berkata, pihaknya juga mengingatkan pelajar terbabit supaya menghentikan semua klip video lagu Negaraku itu jika sudah meminta maaf bagi mengelak keadaan lebih buruk.

“Jika benar-benar ikhlas meminta maaf, saya rasa dia perlu menghentikan semua klip video berkenaan di samping menyiarkan laporan berita mengenai dirinya untuk siaran saluran berita televisyen di negara ini.

“Pemuda Umno juga ingin menyeru rakyat Malaysia supaya jangan mengunakan laman web untuk membicarakan perkara ini, dan biar pihak berkuasa sahaja menyelesaikannya,” katanya.

Dipetik daripada Harian Metro artikel bertarikh 20 Ogos 2007

Patutkah Namewee dimaafkan? Apa komen anda

lie_fnm
08-20-2007, 08:42 AM
Hmm .. baru jer sampai Metro kat meja aku ni. Elok baca Metro, baca lak thread ko ni. Apa la nak jadi.
Tapi dalam kes #1 tu, apa lagi nak kata. Dah ada masalah mental. Polis pun takleh ambil tindakan. Paling kuat pun, hantar Tampoi. tapi Tuhan masih sayangkan budak kecik tu. Jadi dia masih panjangkan umur dia. Ada hikmah semua tu.
Tapi yg 2-3 hari lepas punya isu aku rasa lagi hebat. Yg kes tetak adik beradik. Yg tu pun mental gak. Kalau ada ahli keluarga yg mental, kita tak sampai hati nak hantar ke Tampoi. Tapi bila dah jadi camni, apa lagi nak dikata?

Kes no #2 tu, no comment lah. Kalau "senja" masih tak tobat lagi, aku rasa gelap dah masa depan tu. Kecuali kot dpt hidayah last² minit. Tapi time tu hati dah keras macam titanium. Susah nak lembut balik dah. Semasa masih ada hayat ni, berpada-padalah. Minta jauh benda² macam tu.

Terima kasih :)

blades
08-24-2007, 01:30 AM
ape nak jadi dgn manusia skrg nie

azlan1
09-13-2007, 04:12 PM
Tentang En.Namewee kita ni, mungkin dia selalu ponteng kelas Bahasa Malaysia dulu, membuatkan dia tak pernah mendengar ungkapan ungkapan indah dari bumi Malaysia. Salah satu yang masih saya ingat lagi - ...terlajak perahu, bole reverse, terlajak cakap, ISA juga ada....

mudah mudahan dia dapat meluangkan masa mengubah suai rentak lagu Negaraku ke tempo yang lebih matang dan indah lagi sekiranya dia diberi peluang kembali bercuti di Kamunting nanti. Tempat yang sesuai untuk anak Malaysia yang terjerit jerit mempromosi nama negara di luar sana.....

mamat camni dah terlebih mewah, tu pasal dah tak faham apa yang sebenarnya tersirat di sebalik kalimah kalimah Negaraku.....

a_N_a
09-13-2007, 06:44 PM
xde artinya merdeka kalau ada org cam mahluk En.Namewee tu...ingat n sedar la diri sendiri..:D

gnonz
12-28-2007, 09:56 AM
herm tul tu...patut antar penjara jer...dah la kna sponsor blajar ctu...buat hal pulak...aku caya la dkt pm kta...mmg mtak maaf kna maafkan...tapi slamba ja dia ckp undang2 nak ambil tindakan..huhu....bru puas ati....padan muka ar...lain la dia org togo ker,timor timur ker,..tak pun iceland takpe la juga....