endeavour101
08-21-2007, 09:14 AM
Jual anak RM1,500
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
Tinggal isteri, anak kelaparan
PASIR GUDANG: Seorang lelaki didakwa sanggup menjual anak bongsunya berusia setahun, disyaki hasil bersekedudukan dengan seorang wanita Indonesia, dengan harga RM1,500 bagi membolehkannya berfoya-foya dengan teman wanita yang tinggal di kawasan perumahan sama dengan mereka.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu turut meninggalkan lima anak dan wanita warga Indonesia itu kelaparan di sebuah rumah di Taman Cendana di sini, sedangkan dia bermalam di rumah teman wanitanya sejak lebih setahun lalu, menyebabkan tiga anak lelakinya bukan saja menjadi pencuri, malah mula berjinak-jinak menghidu gam.
Selain ditinggalkan tanpa makanan, rumah yang diduduki sejak kira-kira lapan tahun lalu tiada bekalan elektrik dan air menyebabkan tandas rumah itu dipenuhi najis, sekali gus menyebabkannya berbau busuk.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, disebabkan sikap lelaki itu, semua lima anak yang tinggal bersama ibu mereka terbiar dan tidak bersekolah, malah mengharapkan ihsan jiran untuk mendapatkan makanan.
Anak pertama wanita itu berusia 13 tahun, kedua (12 tahun) dan ketiga (10 tahun) adalah lelaki, manakala keempat (tujuh), kelima (lima) dan keenam (setahun) adalah perempuan.
Anak bongsunya dijual kepada satu keluarga dengan harga RM1,500.
“Mungkin disebabkan daif, dia menjual anak bongsunya, malangnya wang itu tidak digunakan untuk membaiki taraf hidup keluarga, sebaliknya dia menghilangkan diri dan hanya pulang kira-kira dua minggu sekali.
“Wanita dipercayai warga Indonesia itu serta lima anaknya tidak mendapat makanan. Wanita yang hanya dikenali sebagai Martini berusia lingkungan 30-an itu selalu dilihat pengsan di tangga atau tempat letak kereta kerana tidak makan.
“Selain itu, dua anak perempuannya sering meminta makanan di rumah jiran. Kami bukan tak mahu bantu, tapi jika lelaki itu tahu dia akan marah dan memaki jiran yang membantu anak-anaknya, sedangkan dia jarang berada di rumah,” katanya.
Status rumah itu sendiri, katanya, diragui sama ada diduduki secara sah atau tidak kerana sebelum ini, pihak berkuasa pernah mengunci rumah berkenaan, namun lelaki itu memecahkan kunci bagi membolehkan keluarganya tinggal di sana.
Sebelum ini, kata jiran itu, tiga anak lelaki wanita yang dipercayai menghidap kanser kepala itu sering menjual besi dan tin minuman untuk membeli makanan kepada ibu dan adik mereka.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini tiga beradik itu dilihat mula menghidu gam, selain mencuri barangan dan pakaian jiran untuk dijual bagi mendapatkan wang.
“Penduduk percaya semua anaknya tiada sijil kelahiran dan kad pengenalan kerana pernah satu ketika, seorang guru cuba membantu mereka belajar di sekolah tapi permohonan ditolak berikutan tiada sebarang dokumen sah.
“Sebelum 2003, kehidupan lelaki itu agak mewah dan turut mempunyai kereta, nasib keluarganya agak terbela walaupun lelaki itu jarang berada di rumah. Ketika itu, dia mempunyai isteri warga Malaysia dan bersekedudukan dengan wanita Indonesia itu.
“Bagaimanapun, semuanya berubah apabila lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan selepas memecah masuk sebuah gudang di sini, menyebabkan isterinya melarikan diri dan tinggallah wanita Indonesia itu bersama lima anaknya,” katanya.
Menurutnya, sebagai jiran mereka kasihankan kanak-kanak dan wanita itu yang sentiasa kelaparan hingga ada ketikanya, terpaksa membuang air besar dan kecil di tangga pangsapuri sedangkan bapa mereka tinggal bersama wanita lain di kawasan berhampiran.
Berikutan itu, pihak berkuasa diminta menghulurkan bantuan bagi memastikan nasib kanak-kanak itu terbela dan mendapat pendidikan secukupnya, manakala wanita itu mendapat rawatan sewajarnya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di rumah berkenaan mendapati terdapat dua katil masing-masing diletakkan di ruang tamu dan bilik utama di rumah tiga bilik itu.
Bagaimanapun, keadaan dapurnya amat daif dengan pinggan yang pernah digunakan tidak dicuci dan dibiarkan dalam sinki hingga ditutupi sarang labah-labah, manakala tandasnya dipenuhi najis.
Selain itu, rumah berkenaan dipenuhi himpunan baju dipercayai sumbangan orang ramai. Mereka dikatakan membuang pakaian berkenaan selepas dipakai kerana tiada air untuk membasuh.
Wanita berkenaan pula tidak fasih bertutur kecuali ‘tidak tahu’ dan menyebut nama anak-anaknya, dipercayai akibat tekanan disebabkan keadaan hidup yang ditinggalkan tanpa sebarang keperluan asas sejak lebih setahun lalu.
Wanita maut dalam kemalangan
IPOH: Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dinaiki bergesel dengan sebuah van dan terbabas di Kilometer 239 Lebuhraya Utara-Selatan, kira-kira dua kilometer berhampiran Plaza Tol Kuala Kangsar, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Zakaria Pagan, berkata kejadian berlaku jam 6 pagi ketika mangsa Ong Bee Ling, 31, berasal dari Kuala Sepetang dekat Taiping menaiki kereta jenis Toyota Vios menuju ke ipoh.
Menurutnya, Ong yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Katanya, pemandu kereta dinaiki Ong yang belum dikenal pasti identitinya mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan.
Zakaria berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh apabila kenderaan itu bergesel dengan sebuah van di hadapannya lalu terbabas dan merempuh penghadang di tepi lebuh raya.
“Van itu terbabas ke kiri lebuh raya, manakala sebuah lori dan kereta Proton Iswara yang berada di lorong kiri turut terbabas ke tepi lebuh raya ketika cuba mengelak,” katanya.
Enam penumpang van serta pemandu dan seorang penumpang kereta Proton Iswara itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu lori bersama kelindan mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar.
Bas ekspres terbalik, satu maut.
GUA MUSANG: Seorang penumpang bas ekspres maut, manakala lima lagi parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam parit tepi jalan di Kilometer 30.3 Jalan Gua Musang - Kuala Krai dekat Perasu, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, ketika bas ekspres itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, membawa 29 penumpang.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Benjamin Ali, seorang warga Kemboja, manakala lima yang cedera parah termasuk seorang kanak-kanak berusia 13 tahun kini dirawat di Hospital Gua Musang.
Seramai 23 lagi penumpang bersama pemandu bas berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Bagaimanpun difahamkan pemandu bas terbabit menghilangkan diri selepas kemalangan itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat pemandu bas ekspres terbabit mengantuk ketika memandu.
Pasangan warga emas rentung dalam kebakaran
SITIAWAN: Sepasang suami isteri rentung apabila rumah kedai dua tingkat yang mereka diami di Sungai Tiram, Lekir di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi.
Menurutnya, mayat pasangan warga emas, Ramli Senawi dan isterinya, Asiah Hasan, yang kedua-duanya berusia 80-an, ditemui di bahagian ruang tamu tingkat atas rumah itu.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.