PDA

View Full Version : Cara tukar font HP anda.


nadhiya7
08-31-2007, 05:48 AM
AMARAN!!!


Baca dan faham kandungan ini sebelum mencuba.


Cara tukar font(huruf/abjab) di HP anda.

Tutorial ini adalah bagi HP Symbian 9.1 atau S60v3 yang menyokong pengunaan "True Type Fonts"(TTF) dan "Openface TTF" font sahaja.


1. Cari satu TTF font yang anda suka untuk dipakai kat HP anda.

2. Copy dan paste font tadi 2 kali. Sekarang anda ada 3 file TTF.

3. Klik kanan tetikus anda dan 'rename'kan file tersebut ke :- (jikalau anda memakai HP Nokia N73)

nosnr60
nssb60
nstsb60

4. Jika HP anda ialah N93 'rename'kan ke :

nosnrs60
nossbs60
notsbs60

5. Untuk mengetahui apa nama untuk di 'rename' kan file anda, anda boleh guna File Explorer dan apa-apa applikasi yang sewaktu dengannya, buka Z drive anda, pada folder - system > fonts > anda akan dapat nama asal fonts anda seperti diatas. Ada satu lagi file lain dalam folder fonts tadi seperti s60zdigi.ttf, yang ini tak mustahak sangat sebab ia adalah kandungan huruf 0-9 +.*#? untuk paparan LCD HP anda.


6. Buka E drive(memori kad) kat HP anda dan buat satu folder 'resource' buka folder resourse yang anda buat tadi dan buat lagi satu folder 'fonts'


7. Salin ketiga file yang anda buat kat atas tadi ke folder fonts .


8. Reboot balik HP anda dan.....
eikkk..... apa ni...!!! abjad HP kita dah lain lah.. :rock:


9. Anda boleh memakai apa-apa aje TTF fonts untuk tujuan ini.

Kalau nak tukar ke font asal balik.

1. Masukkan memori kad pada memori kad reader anda.

2. Deletekan file 'resourse'

3. Masukkan balik kad memori kat HP.

4. Reboot HP anda.

5. Eikkk..... font lama balik :banghead2:

Selamat mencuba... :victory:

nadhiya7
09-01-2007, 10:29 AM
Kepada kengkawan semua..... :hand:


Disini kita ada sediakan beberapa font yang telah digubah untuk digunakan di HP anda berserta dengan gambar sekali.


http://www.dotsis.com/mobile_phone/showthread.php?p=344828#post344828

Diharap sesiapa yang telah mencuba, dipersila postkan font kegemaran anda ataupun 'screenshot' anda disini... :victory: untuk dikongsi bersama...


p.s : next project java games dalam bahasa melayu... :read:
he... he... gurau aje..... :lol1:

phie
09-25-2008, 09:31 AM
Bagus... Mana u belajar ni? :D

Carbon Dioxide
10-04-2008, 09:12 AM
mantap nih...bgs3x