PDA

View Full Version : Pertandingan RekaCipta E-Kad Ramadhan & Syawal 1428H


lie_fnm
09-12-2007, 08:30 AM
http://img263.imageshack.us/img263/4467/t52006102411174171rr1.jpg


Ramadhan datang lagi.
Bersempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, kami di Zone Bahasa Melayu menganjurkan pertandingan mencipta e-kad bagi memeriahkan lagi bulan tersebut. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 bahagian:

1. E-kad sempena Ramadhan
2. E-kad sempena Syawal

Semua ahli dijemput untuk menyertai pertandingan ini samada mengambil bahagian dalam salah satu e-kad atau kedua-dua sekali.

Syarat-syarat penting:
1. Setiap peserta HANYA dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja (samada 2 e-kad atau 1 sahaja)

2. Tiada had maksima bagi saiz. Sebaiknya 640X480pxl.

3. Username anda haruslah kelihatan pada e-kad tersebut (sebaiknya disudut e-kad).

4. Penggunaan GIF & Flash amat digalakkan (tidak diwajibkan)

5. Peserta dibenarkan mengubah (edit) e-kad sehinggalah pada hari penyertaan ditutup.



Tambahan (tidak diwajibkan):

1. Pastikan e-kad anda ditujukan untuk seseorang. Ibubapa, abang, kakak, saudara mara, kekasih atau sesiapa sahaja.

2. Gunakan nama gelaran anda yang sebenarnya di dalam e-kad (pilihan) seperti sayang, abang, kanda, adinda, manja dan sebagainya.

3. Tarikh tutup penyertaan : 1 minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri (06 - Oktober 2007)

4. Setiap penyertaan kemungkinan akan diberi Rep Points on-the spot.

5. Pemenang akan menerima 100 rep points yang akan diberikan oleh Mod, Jr. Mod, DotSIS Helper & DotSIS GFX Team.


Bersama meriahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini disamping menyambung silaturrahim sesama kita di DotSIS.

Layne
09-13-2007, 10:13 AM
nak tanya sikit la bro lie! e-kad tu nak attached as thumbnail atau full size image? ;)

azlan1
09-13-2007, 03:42 PM
nak tanya sikit la bro lie! e-kad tu nak attached as thumbnail atau full size image? ;)

800 x 600 pxl tidak lah sebegitu besar, malahan saiz yang cantik sahaja untuk web page kita, berbanding dengan saiz wallpaper, jadi rasanya hantar sahajalah dalam full size image, sekiranya animated, cubalah optimize sebaik mungkin. Jika ada yang di dalam bentuk Flash, paste sahaja direct link nya bersama image di post anda.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
&
Selamat Berpuasa Kepada Semua.

lie_fnm
09-13-2007, 05:21 PM
Emm .. bila difikirkan balik, rasa sedikit silap la. 800X600 tu agak besar rasanya. Lebih kurang size wallpaper. Agak kurang menarik sekiranya kad tu saiz besar macam wallpaper. Jadi ditukar kepada 640X480 iaitu saiz yg lebih kurang fit dengan page kita ni.

Jadi rasanya baik post full image jer kat sini. 640X480 taklah besar sangat nak load tu. Lagi plak, aku suka surf time pagi :bud: Lajuss jer.

Sebarang masalah dibuka untuk perbincangan. Lagi pun masih banyak masa yang ada sebelum pertandingan ini ditutup. Pastikan yang terbaik yer. Terima kasih :)

nadhiya7
09-14-2007, 10:02 AM
Assalammualaikum semua... :victory:

Kita ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan ini kepada semua kengkawan yang beragama Islam dimana jua pun anda berada...

Kita tak pernah buat kad raya lagi, jadi inilah hasil yang tak seberapa... diharap kengkawan dapat beri komen yang membina untuk kita memperbaikinya lagi...


1. E-card sempena Ramadhan.


http://img204.imageshack.us/img204/4476/masjidnegeri5iv8.gif

Ps : tengah hujan disini :rain: sekarang, nampaknya kita kena berbuka puasa lagi dengan karipap kuak kupu2 dan kuih badak berendam... :rolleyes:

Layne
09-15-2007, 12:34 PM
Assalamualaikum buat semua...
inilah penyertaan saya sempena Ramadhan yang Mulia ini...:)

E-Kad Ramadhan
http://i203.photobucket.com/albums/aa278/layne_8/MyE-KadRamadhan.gif

E-Kad Syawal
http://i203.photobucket.com/albums/aa278/layne_8/MyE-KadRaya.gif

kalau ada salah dan silap atau terkasar bahasa harap dimaafkan...
Maaf Zahir & Batin...

nadhiya7
09-17-2007, 05:03 AM
Hi... :victory: semua...

Sori, bro lie, kita pinjam ruang sikit aje kat sini...

Kepada kengkawan semua yang ingin mencuba mencipta e-card, kita nak bagi tutorial sikit kat sini cara kita buat e-card supaya lebih ramai lagi akan menghantarkan penyertaan mereka... (dapatkan fulus lebih sikit di bulan yang mulia nie)... maksud saya rep point...

Kita juga masih baru dlm bidang seni nie, so kawan2 jangan gelak besar...

Pertama sekali kita perlukan applikasi untuk mengubah gambar kita, kengkawan boleh download kat sini... jangan risau takyah bayar...

Mula sekali download & install GTK dan lepas tu baru download & installkan GIMP...

http://gimp-win.sourceforge.net/stable.html

Pastu apa yang kita perlukan adalah gambar untuk kita letakkan ucapan kita... sape yang solat terawih bolehlah tangkap gambar masjid/surau ditempat anda, seelok2 nya pada malam hari... macam nie...

http://img138.imageshack.us/img138/8734/masjidnegeri1wc3.gif

Yang nie kita ambik kat jaring aje, sebab tak ada kamera... :shame: phone kita QD aje...

Untuk senang kita boleh terus potongkan (crop) bahagian yang kita tak nak dan terus tambah text ucapan kita...

Kita pun tak pandai sangat pasal e-card, tapi lebih kurang macam tu... :rolleyes: Kalau ada sambutan kita kan sambung bahagian kedua "macam-mana nak buat gambar kita lip-lap lip-lap..." macam yang kita buat kat atas... prosesnya senang aje...

Harap mod tak marah:grr: kita pinjam ruang ini kejap dan untuk sesiapa yang mencuba kita akan bagi dia 11 fulus kita...

Samb bahagian II

Kalau kita nak buat gambar kita lip-lap, kita jangan letak ucapan kita dulu... apa kita buat ialah kita...

1. pergi kat layer dan duplicatekan satu layer lagi..

2. pastu pergi kat filters => blur => gaussian blur, blur radius kita boleh masukkan angka 7 ataupun 8 ikut sesedap rasa...

Kita akan dapat satu gambar yg lebih kurang macam nie...

http://img138.imageshack.us/img138/2452/masjidnegeri2cz2.gif

3. pergi kat layer => colors => levels dan masukkan setting berikut..

http://img138.imageshack.us/img138/52/clevelbz1.jpg

4. pastu kita boleh blendkan layer kita pakai hard-light...

http://img138.imageshack.us/img138/3927/hardlightut0.jpg

Hasilnya kita akan dapat gambar seperti nie...

http://img138.imageshack.us/img138/3303/masjidnegeri3jb9.gif

Anda boleh cuba pelbagai setting diatas untuk mendapatkan warna gambar yg berbeza...:victory:

Sambung lagi... ;)

Langkah seterusnya ialah untuk buat animasi pada gambar kita. Kalau kita nak buat pakai Gimp:strain: pun boleh, tapi penat sikit lagipun kita bukan reti sangat pakai Gimp nie. Untuk memudahkan kerja kita kita boleh pakai Animation Shop yang boleh didapati di sini...

http://www.dotsis.com/mobile_phone/showthread.php?t=53605&highlight=animation+shop

Dengan animation shop kita boleh buat beberapa effect dengan menekan butang aje takyah pening kepala... :rock:

Gambar yang kita telah siap kat Gimp, kita savekan pastu kita buka kat animation shop... Pergi kat effect=> insert image effect dan effect kita pilihkan rotate colours. Kita akan dapat sesuatu macam nie...

http://img204.imageshack.us/img204/6712/masjidnegeri4ju7.gif

Step akhir sekali ialah kita pergi kat - apply text effect dan tuliskan ucapan kita... tak boleh nak tunjuk gambar sebab post kita nie dah lebih had muatan...

Itu aje kot untuk setakat nie..... Jadi kengkawan semua.... Apa tunggu lagi, hantarkan penyertaan anda....

gnonz
09-24-2007, 09:17 AM
:lam: Gnonz ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang mulia:dance:
http://img237.imageshack.us/img237/2331/ariraaapx5.gif (http://imageshack.us)
By gnonzy (http://profile.imageshack.us/user/gnonzy)